Saturday, June 20, 2009

Muhasabah

Dalam seminggu ni Allah dengan penuh sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya telah menguji saya.

Ujian yang pertama, saya kehilangan handphone. Saya pulang ke kampung hujung minggu yang lepas. Dalam perjalanan dari rumah ke stesyen bas, saya menerima sms dari Kak Nora yang Pak Abu Sangkan yang akan melatih Program Solat Khusyuk hujung minggu ni kemalangan di Jawa Barat. Program terpaksa ditangguhkan. Sementara saya diminta untuk menghubungi semua peserta yang telah mendaftar untuk memaklumkan hal tersebut. Sms tersebut saya baca di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke stesyen bas. Itulah terakhir kalinya handphone tersebut di tangan saya. Saya langsung lupa tentang handphone sehinggalah saya sampai ke rumah sewa saya di KL. Dalam fikiran saya handphone tersebut tercicir semasa saya turun dari kereta di stesyen bas Muar. Semua nombor-nombor telefon peserta pula berada di dalam handphone tersebut. Betapa risau dan mengelabahnya saya tika itu.

Keesokkan paginya, selepas mendapatkan semula nombor telefon tersebut di Celcom saya bergegas ke Carefour Wangsa Maju mencari handphone yang baru.Belum pun hilang rasa sedih kerana kehilangan handphone, semalam Allah menguji lagi saya dengan motor pulak yang pancit. Saya terpaksa menyorong motor hampir 20 minit untuk sampai ke bengkel motor yang berhampiran. Hingga ke saat ini lenguh tangan masih belum hilang.

Musibah-musibah ini meminta saya memuhasabah diri saya tentang amalan-amalan saya yang semakin kurang kebelakangan ini lantaran kesibukan kerja. Kerana kasihkan saya Allah menurunkan ujian. Berbeza rasanya ibadah semasa tidak menghadapi kesulitan berbanding hadirnya ujian-ujian tersebut. Sememangnya benar Allah menguji dengan penuh kasih sayang untuk hamba-hambanya. Mengingatnya bukan sahaja di waktu susah..tetapi juga di waktu senang..

No comments: