Sunday, November 30, 2008

SPIES


Add Image


Setelah hampir sebulan bertungkus lumus menguruskan pelbagai urusan, akhirnya kursus SPIES siswa IK di bawah Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor siri pertama dan kedua berjalan dengan lancar.

SPIES adalah singkatan bagi
S-Spiritual
P-Physical
I-Intelectual
E-Emotional
S-Sosial

Aspirasi kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah untuk menghapuskan multi 'R' yang ada di dalam Negeri Selangor ini. Ini yang diucapkan oleh YB Dr. Halimah semasa saya mengikuti TOT (Training Of Trainer) yang dijalankan di ILDAS. Mula-mula saya pun tertanya-tanya, multi 'R' tu apa? Rupa-rupanya multi 'R' yang dimaksudkan adalah rempit,rasuah, rogol, raba, rompak,ragut dan apa-apalah lagi yang boleh di terjemahkan dengan 'R' tersebut. Memenatkan tetapi mengembirakan. Melihat adik-adik yang datang ke kursus ini mengingatkan kembali semasa saya mula menjejakkan kaki ke universiti dulu. Manisnya zaman belajar. Semasa mula-mula masuk ke UTMKL saya selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa Allah takdirkan aku masuk sini ? Kenapa aku dapat sambung Diploma je? Kalau nak ikutkan result SPM aku antara yang terbaik. Allah maha merancang siapa tahu...di bumi UTMKL itulah saya kenal akan usrah, ukhwah dan jamaah yang tidak ternilai harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain-lainnya.
Tuhan bekerja secara rahsia!

Selamat meneruskan perjuangan di dunia kampus. Semoga ada sesuatu yang adik-adik dapat bawa balik dari kursus yang telah kami laksanakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan adik-adik sebagai bekal menuju negeri abadi.







Tuesday, November 4, 2008

Seronoknya!!!


Saya baru menghabiskan membaca Novel Laskar Pelangi karya Andrea Herata. Sungguh ceritanya sangat menarik. Penceritaan yang jujur mampu mengusik emosi saya. Ceritanya di sulami suka dan duka. Betapa saya terfikir perlunya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita merasakan kita susah, banyak masalah, di belenggu dengan pelbagai rencam perkara yang tidak terungkai. Tapi kita tidak pernah terfikir ada saudara seIslam kita yang bukan berjuang untuk kaya tetapi berjuang untuk hidup. Itulah realitinya.

Bersyukurlah,
Itulah kunci untuk kita menghargai setiap pemberian dan memaknai kehidupan yang kita lalui setiap hari. Terima kasih saya rakamkan untuk sahabat saya Mr. T di Indonesia yang menghadiahkan saya buku tersebut kepada saya. Saya amat menghargainya. Saya gembira hari ini kerana Kak Ita yang baru pulang bercuti dari Bandung telah membelikan untuk saya novel kedua Andrea Herata bertajuk Sang Pemimpi dan juga VCD Sang Murabbi. Novel ketiga dan keempatnya insyAllah saya bercadang untuk memilikinya juga tapi bukan dalam masa terdekat kerana masalah ongkosnya...hehehe

Kadang-kadang saya merasakan saya seorang yang tamak dengan buku dan sangat mencintai buku. Satu daripada tabiat buruk saya yang baik adalah pantang ke kedai buku. Pasti ada saja buku yang saya beli. Bilalah nak menulis pulak ye..asyik membaca buku orang je. Sampaikan nak pergi kursus penulisan yang di buat oleh Puan Ainon PTS pun dah jadi malu alah sekarang, sebabnya tak mula-mula lagi menulis.

Apa pun saya tak sabar menunggu buku hasil dari Prof Muhd Kamil dan Novel Sang Pemimpi. Di celah-celah kesibukan kerja ini insyAllah pasti ada masa untuk saya menekuni kedua-dua buku tersebut.

Travelog Dakwah


Membaca blog Prof Muhammad Kamil tengahari tadi, beliau memaklumkan buku terbarunya Travelog Dakwah akan dikirimkan pada hari Sabtu nanti. Emm terpaksa sabar menunggu bila mendengar semua yang memesannya sudah selamat menerimanya, kiranya saya ni antara mereka-mereka yang ketinggalan keretapilah nampaknya. Apa pun Prof Muhammad Kamil sememangnya seorang figure yang sangat boleh dijadikan contoh di atas keikhlasan dan kejujurannya. Lantas beliau menjadi antara mereka yang sangat saya kagumi. Terima kasih Prof di atas usaha Prof memuaskan hati semua pembeli-pembeli buku Prof termasuk saya. Saya yakin betapa ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Prof sekeluarga. Hai..lambatnya nak dapat buku tu.....
sebenarnya saya dah tak sabar dah....
InsyAllah saya juga menyimpan hasrat untuk menjadikan buku tersebut hadiah untuk beberapa orang sahabat termasuk sahabat saya di Indonesia

Monday, November 3, 2008

Panas Telinga

Hari ini saya terpaksa menelefon semua anak-anak Selangor yang terpilih untuk mengikuti kursus SPIES yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Bayangkan nama yang ada pada saya sebanyak 380 orang. hari ini sahaja saya menelefon hampir 1oo nombor menggunakan hndphone pulak tu. Panas telinga di buatnya hari ini. Ingatkan berakhir begitu sahaja, rupa-rupanya waktu malamnya pula, nombor-nombor yang gagal di hubungi membuat 'misscall' dan menghantar sms kepada saya. Ketika tu bukan saja rasa panas telinga saja, hati pun naik panas juga. Nasib baik sudah di SPIES kan terlebih dahulu hilanglah rasa marah tu. Untuk keselesaan tidur saya malam ini, saya terpaksa mematikan telefon bimbit saya untuk seketika. Esok jelah adik-adik ya telefon akak..Harap-harapnya kursus SPIES ini berjaya memberikan "sesuatu" untuk adik-adik ini nanti, begitu juga diri saya sendiri.