Wednesday, April 29, 2009

Nikmatilah Ujian itu!

Semua yang ada adalah milik Allah Apakah cintamu terhadap dunia Melebihi cinta kepada Allah Tanpa mengenal Allah, hidup adalah penderitaan Harungi kehidupan dengan mengenal Allah Kesakitan dan ujian adalah tanda kasih sayang Allah Ketika diri tidak diuji..adakah ketika itu Allah memandang dirimu Bila mengenal Allah Al-Jabbar Nikmatilah ujian dariNya itu.
Saya sempat menyalin kata-kata ini daripada Prof Wan Masri semasa kelas penghayatan Asmaul Husna yang dibawakannya pada malam Selasa lepas. Kita memang selalu mengeluh dengan ujian-ujian yang didatangkan Allah dalam hidup. Kenapa aku di uji? Itulah ungkapan yang mungkin sering terungkap dimulut kita apabila datang kesusahan, kesedihan, penderitaan, kematian dan pelbagai musibah lagi yang Allah aturkan. Sememangnya kita jarang melihat dari sudut positif setiap apa yang berlaku kepada kita.

Tuhan memaksa bukan kerana mahu menyeksa kita sebagai hambanya, sebaliknya sebagai latihan intensif supaya hambanya sedar dan mencintainyaa kita di jadikan sebagai khalifah(wakil Allah) di muka bumi ini. Nabi Muhammad menjadikan 'derita adalah pendampingku' sebagai prinsip beliau kerana dengan derita itu, hamba di harapkan dapat tunduk kepada Allah secara mutlak. Dengan itu..nikmatilah ujuan-ujian itu!





Thursday, April 2, 2009

Allah sayang kamu!

Ada masa-masanya saya merasakan saya manusia yang sangat sibuk terlampau. Tapi ada masanya pulak masa terluang yang terlampau. Selepas Isya' tadi saya dan tenaga pengajar Tadika Ehsan mengadakan mesyuarat. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan permasalahan 'simple' yang hanya disebabkan salah faham atau salah tanggapan.
Kadang-kadang saya terfikir kenapa terjadi sampai begitu sekali. Disebabkan latar belakang, pendidikan, asuhan dalam keluarga dan pengalaman-pengalaman semasa menyebabkan seseorang itu akan bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
"Sebab Allah sayang kitalah diberikannnya kita sahabat-sahabat sebagai ujian, dengan pelbagai kerenah dan cara menegur, memerlukan kita bersabar dan muhasabah diri masing-masing. Kesabaran kita bukan percuma, ada ganjaran pahala di sisi Allah". Kak Nora membuat kesimpulan selepas sesi luahan hati daripada semua yang terlibat.

Kerana Allah sayangkan kamu diberikan kamu kesempatan mengisi masa-masa kamu dengan kerja-kerja perjuangan.
Kerana Allah sayangkan kamu, kamu diberikan sahabat yang menguji emosi dan kesabaran meskipun telah menjadi seorang yang terhampir dengan kamu.
Kerana Allah sayangkan kamu. Allah memberikan seorang ibu yang sangat prihatin dan sangat-sangat menunggu kepulanganmu ke kampung untuk menjenguk dan menghiburkan hatinya.
Kerana Allah sayangkan kamu kamu akan sentiasa di uji....

Esok saya bekerja separuh hari, sebelah petangnya akan berkejar ke Pejabat Agong atas beberapa urusan dan terus mengambil tiket pulang ke kampung. Melepaskan rindu kepada ibu tercinta. Petang sabtu akan kembali ke KL kerana akan menyambut panggilan jihad di Bukit Gantang.
Allah sayang kamu!