Monday, October 13, 2008

Hikmah puasa sunat 6 Syawal

Jika memegang fahaman cukup berpuasa enam hari pada bulan syawal dan khuatir untuk melakukan lebih dari enam kali, sebenarnya fahaman itu harus diperbetulkan. Minimanya 6 hari tetapi boleh dilakukan lebih dari 6 hari. Malah ada kaum wanita khasnya dan lelaki yang menghabiskan puasa sunat 6 ini dan sempat menghabiskan puasa ganti. Cuma harus diingat, puasa sunat ini tidak boleh disekali niatkan dengan puasa wajib ganti kerana sesuatu keuzuran.

Puasa enam hari ini merupakan sunah Nabi SAW dan sangat-sangat dituntut. Dan hikmah yang mudah difahami, setelah setiap hari selama sebulan kita sudah berpuasa Ramadhan, biologi badan juga akan lebih terurus kerana tidak mendadak berterusan kenyang pada setiap hari pada bulan syawal ini. Dan secara spiritualnya, masih berlaku penerusan latihan jiwa dan minda.

Dan begitulah seterusnya pada bulan-bulan lain, iaitu menurut riwayat mashur Nabi SAW berpuasa minima 3 hari dalam sebulan dan bertambah pada bulan-bulan yang terdapat hari-hari tertentu digalakkan berpuasa. Sunah begini yang sepatutnya dicontohi dan bersama usahakan untuk mampu berpuasa sekali dalam seminggu serta berdiri malam beribadah dimalamnya sebelum bersahur.

* Dipetik daripada blog Dr. Yusof Abbas di sini http://bioibadah.blogspot.com/

Saturday, October 11, 2008

Jamuan Raya


Setelah sekian lama bercuti panjang untuk sambutan Aidilfitri..malam semalam semua berkumpul untuk jamuan Aidilfitri. Majlis yang dirancang asalnya hanya makan ringan-ringan sahaja, tetapi..dek kerana pemurahnya semua..pelbagai juadah yang dibawa oleh semua serba sedikit..menyebabkan penuh meja..Teringat tazkirah dari Kak Nora selama sebulan kita bermujahadah melawan hawa nafsu, 3 hari hari raya sahaja ada yang dah lebur semua amalan-amalan sewaktu Ramadhan. Proses mendidik nafsu sepanjang Ramadhan akan kita dapat lihat hasilnya selepas Ramadhan.

Perkongsian ilmu semalam.Kak Jije ceritakan pengalamannya bersama Pak Abu yang melawat sepasang warga tua di area Keramat yang diabaikan oleh anak-anaknya. Sangat sedih mendengarnya, dengan keadaannya yang uzur dan berpenyakit,tentu sangat seronok menerima sedikit sumbangan sempena Aidilfitri hari tu. Selagi kita ada ibu dan ayah..marilah kita berbakti kepadanya..kasih sayang ibu ayah kepada anak adalah fitrah yang memang Allah berikan dalam sanubari mereka, tetapi untuk anak-anak mengasihi kedua ibu ayahnya itu perlu dididik. kerana ianya bukan fitrah. Kak Rohayati pulak cerita sambutan raya dia bersama keluarga suami di Singapura, terkejut bila dia menceritakan amalan yang terang-terang terpesong yang diamalkan sesetengah masyarakat Islam di sana. Menurutnya kubur-kubur di sana dipasangkan, payung, di pasang colok sehingga satu tahap ada yang pasang kipas angin kat kubur. Agaknya dia orang ingat dengan pasang kipas tu boleh nyaman ke dalam kubur. Bila nyawa dah meninggalkan jasad, amalan-amalan kitalah jadi pedamping dan penyelamat. Terfikir betapa pentingnya ilmu dan kita yang faham ni untuk menyebar-nyebarkannya.

Masing-masing ada pengalaman masing-masing sepanjang melalui tarbiyyah Ramadhan yang boleh difikirkan hikmahnya. Sudah pasti setiap apa yang kita lalui ada nilaiannya di sisi Allah dan signifikannya.

Semalam juga baru menerima panggilan dari Pejabat SUK Negeri Selangor, Program SPIES untuk Mahasiswa yang dah lama tertangguh akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini. Nampaknya dalam tempoh 3-4 minggu akan datang ni jadual kerja conform padat..erm..macam susahlah nak balik kampung nanti..
Lastly pesanan untuk diri sendiri...jangan merungut kalau banyak kerja..habis pahala amalan..hehehe..
Untuk semua..selamat menjalankan puasa sunat Syawal..sama-sama kita berdoa agar amalan-amalan kita 'maintain' sama macam Ramadhan dulu.

Friday, October 10, 2008

Saasatul Ibad

Saasatul Ibad atau pemain siasah karya terbaru Faisal Tehrani.Sangat teruja nak membacanya, dah beli sebelum raya lagi, tapi tak sempat-sempat lagi nak mengkhatamkannya.
Biasanya karya-karya Faisal Tehrani ni memang tak pernah menghampakan, sarat dengan mesej dan juga sindirin. Kisah tentang Kerajaan Johor Lama, novel sejarah yang kedua dihasilkannya mengenai Johor selepas Surat-Surat Perempuan Johor yang telah pun saya milikinya. Nak cerita panjang pun tak tau apa sebab tak baca habis lagi..dah habis baca nanti saya kongsi ceritanya ya!

*Gambar diambil dari blog saudara Faisal Tehrani

Thursday, October 9, 2008

Ujian Itu Madu


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuat keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritaNya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang dia mahu
Kerana Dia tahu
Hati yang beginilah yang selalunya
Lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab denganNYA


Forum Berpaut Di Dahan Cinta

Julung-julung kalinya Nisa' Gombak dengan kerjasama Majalah Muslimah, Wasilah dan Konsep akan menganjurkan forum kekeluargaan yang di beri nama Berpaut Di Dahan Cinta. Menampilkan Dayang Ku Intan, Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) dan Dr. Robiah sebagai panelis . Forum ini akan dikendalikan oleh Farah Adeeba Mohd (personaliti TV 9) . Berminat? clik flayers di sebelah untuk maklumat lanjut..