Thursday, June 25, 2009

Laskar Pelangi lagi......

I


Akhirnya vcd Laskar Pelangi sampai juga ke tangan saya setelah lama mengidam-idamkannya.Semasa berkesempatan ke Jakarta pada bulan Mac yang lepas, VCD tersebut masih belum ada lagi di pasaran. Terima kasih Jojar yang sudi membelikan untuk saya. Selepas puas menekuni ke empat-empat novelnya kini vcdnya pula saya tekuni. Puas mem'promote' kepada sahabat-sahabat tentang novel tersebut tapi tak ramai yang berminat nampaknya, mungkin sebab di dalam bahasa Indonesia. Tapi nampaknya filemnya ini ramai yang berminat.
Pengajaran terhebat dari filem tersebut adalah semangat setiakawan yang kuat disamping perjuangan untuk mendapatkan pendidikan. Bilamana pembangunan yang tidak seimbang, pendidikan yang sepatutnya menjadi keperluan asas bagi sesebuah masyarakat tidak dilihat sebagai kepentingan. Keikhlasan Bu Muslimah mendidik tanpa bermatlamatkan ganjaran semata-mata menghasilkan seseorang yang bersemangat dan cekal seperti Ikal dan Lintang. Generasi-generasi kini wajar dipertontonkan dengan filem-filem seperti ini untuk menunjukkan betapa bersusah payahnya kanak-kanak sebaya dengan mereka untuk bersekolah dan mengubah nasib keluarga.

II


Saya mula berminat mendengar kuliah-kuliah Ustaz Yusof Mansur setelah menonton filem Kun Fayakun.Kuliah-kuliahnya banyak saya dengar melalui youtube dan kini 2 buah buku tulisannya dapat saya miliki. Kuliah-kuliahnya banyak menyentuh tentang nikmatnya bersedeqah. Sedeqah di kupas kelebihannya dan dikaitkan berzikir,naik gaji,matemetika hutang dan sebagainya. Kupasan mengenai sedeqah itu dilihat dari sisi yang lain.Di dalam buku tulisannya "Mencari Tuhan Yanh Hilang" diceritakan kehidupan asalnya yang jauh dari tuhan dan banyak melakukan dosa. Hidayah Allah sampai kepadanya untuk berubah dan dari perubahan yang telah dilakukannya di kongsikan pengalaman-pengalamannya di dalam buku tersebut dalam usahanya mencari semula cinta Allah.

No comments: