Pernahkah aku terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi, tetapi mengapa kita mudah membenci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati. Ayuh bersamalah kita menghayati ketinggian akhlak baginda, kerana kudwah kita adalah NAbi S.A.W.
Sms yang saya terima daripada seorang sahabat tengahari tadi sempena cuti Maulidurasul hari ini. Iya..ada sikap tidak elok saya di situ mudah terguris bila dinasihati. 2-3 hari ini sememangnya saya sering melakukan kesilapan dan kerap di tegur oleh seseorang. Entah mengapa hati berasa sangat sedih dan dan terguris di atas teguran-teguran tersebut. Mengapa amat susah untuk berlapang dada ya...
Teorinya amat mudah..tersangat mudah untuk menasihati orang, melihat kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Tetapi amat sukar untuk menerima bilamana diri sendiri yang melakukannya. Sedangkan saya sendiri tahu teguran yang diberikan tersebut penuh dengan nilai kasih sayang. Saya sangat mengingati ungkapan seorang senior saya semasa di bangku pengajian dahulu. "Hati letak bawah tapak kaki" Aplikasinya dalam kehidupan amatlah susah, cuba sebaik mungkin untuk berlapang dada.
Mulianya sifat nabi yang tiada tolok bandingnya...
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment