Sunday, March 29, 2009
Bukit Gantang
Sedikit perkongsian ..
Penamaan Calon untuk Parlimen Bukit Gantang berakhir semalam penuh dengan warna-warni. Saya sempat bersama-sama dengan Kak Nora, Dr. Kalsom (isteri Dr. HAtta Ramli) dan Ustaz Yazid untuk sama-sama memeriahkan proses penamaan calon tersebut.
Kami bertolak dari Gombak pada pukul 12.30 malam dan sampai di Taiping lebih kurang jam 4.30 pagi. Bandar Taiping rupanya 'hidup' pada malam tersebut. Ramai yang datang untuk sama-sama memberikan sokongan kepada calon pilihan, YB Dato' Seri Nizar. Masjid yang kami singgahi tersangatlah ramai umat manusia, sehinggakan menghadapi kesukaran menunaikan solat subuh kerana ketiadaan air. Kami mengambil keputusan untuk solat subuh di masjid lain. Oleh kerana tidak biasa dengan kawasan Taiping, kami pun redah jelah sampai jumpa masjid lain yang berhampiran . Usai solat subuh, singgah bersarapan dan seterusnya sama-sama berarak untuk penamaan calon tersebut.
Rezeki orang-orang di Taiping hari tersebut..semua gerai-gerai di tepi-tepi jalan penuh dengan pelanggan seawal jam 6.30 pagi lagi.
Kami berkumpul di hadapan pejabat RISDA Taiping sebelum berarak menuju ke pusat penamaan calon iaitu di Majlis Perbandaran Taiping. Trak-trak polis berada hampir di sepanjang jalan yang saya lalui. Sokongan kaum bukan Islam sangat luar biasa sekali dan tidak mustahil kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana YB Nizar disenangi dan diterima baik oleh semua kaum dan segenap masyarakat.
Saya kongsikan gambar2 sewaktu penamaan calon tersebut yang sempat saya rakamkan menggunakan telefon bimbit saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment