Saturday, May 23, 2009

Program Bersama Orang Asli Kemensah




Semalam saya bersama team Nisa Gombak telah turun menghulurkan sedikit bantuan kepada penduduk orang asli di Kampung Kemensah Hulu Kelang. Ini adalah kunjungan saya kali ke dua ke sana. Kali pertama adalah pada 30 Ogos tahun lepas menyambut Hari Kemerdekaan bersama mereka. Hampir 9 bulan tidak kesana sudah ada beberapa perubahan di sana. Antaranya dewan mereka yang sudah di cat baru dan ada tanda-tanda yang bekalan elektrik akan disambungkan kepada mereka dalam masa terdekat.
Masyarakat orang asli dari suku kaum Temuan ini mempunyai lebih kurang 33 buah keluarga. Kunjungan yang singkat tetapi amat bermakna bagi mereka kerana Pak Abu, YB Hulu Kelang turut serta di dalam lawatan ini. Sedikit majlis ringkas dan huluran sumbangan daripada pihak Nisa Gombak dan diakhiri dengan ucapan daripada Tok Batin. Dari pengamatan saya yang paling nyata mereka menerima baik pemerintahan dari Pakatan Rakyat dan mereka mengenali YB yang datang melawat mereka adalah 'orang bulan' dan bukannya 'orang dacing'.

Saya pulang lebih awal daripada yang lain kerana hari semakin gelap dan hujan sudah mula turun. Dengan menunggang motosikal berseorangan seram jugak sebenarnya nak keluar dari perkempungan tersebut. Tawakal jelah dalam hati masa tu. Di dalam perjalanan pulang saya tersentak kerana seekor ular sawa yang besar sedang melingkar di tengah-tengah jalan. Apa lagi memecut laju jelah..hehehe..kecut perut..tengok.
Tiba - tiba je teringat Lintang dalan novel Laskar Pelangi yang terpaksa mengayuh basikal 80km setiap hari untuk ke sekolah dan pernah dihadang buaya di tengah-tengah jalan. Semoga usaha Nisa' Gombak untuk mempelbagaikan lagi program untuk masyarakat dan menembusi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan kaum berjaya dalam menebarkan Syiar Islam.

Sedih jugak jarang dah dapat nak ikut program-program Nisa' Gombak ni..selalu clash dengan program-program lain. Tak dapat nak berjiwa muda sangat dah..terpaksa berjiwa muslimat:)

No comments: