Saturday, October 11, 2008

Jamuan Raya


Setelah sekian lama bercuti panjang untuk sambutan Aidilfitri..malam semalam semua berkumpul untuk jamuan Aidilfitri. Majlis yang dirancang asalnya hanya makan ringan-ringan sahaja, tetapi..dek kerana pemurahnya semua..pelbagai juadah yang dibawa oleh semua serba sedikit..menyebabkan penuh meja..Teringat tazkirah dari Kak Nora selama sebulan kita bermujahadah melawan hawa nafsu, 3 hari hari raya sahaja ada yang dah lebur semua amalan-amalan sewaktu Ramadhan. Proses mendidik nafsu sepanjang Ramadhan akan kita dapat lihat hasilnya selepas Ramadhan.

Perkongsian ilmu semalam.Kak Jije ceritakan pengalamannya bersama Pak Abu yang melawat sepasang warga tua di area Keramat yang diabaikan oleh anak-anaknya. Sangat sedih mendengarnya, dengan keadaannya yang uzur dan berpenyakit,tentu sangat seronok menerima sedikit sumbangan sempena Aidilfitri hari tu. Selagi kita ada ibu dan ayah..marilah kita berbakti kepadanya..kasih sayang ibu ayah kepada anak adalah fitrah yang memang Allah berikan dalam sanubari mereka, tetapi untuk anak-anak mengasihi kedua ibu ayahnya itu perlu dididik. kerana ianya bukan fitrah. Kak Rohayati pulak cerita sambutan raya dia bersama keluarga suami di Singapura, terkejut bila dia menceritakan amalan yang terang-terang terpesong yang diamalkan sesetengah masyarakat Islam di sana. Menurutnya kubur-kubur di sana dipasangkan, payung, di pasang colok sehingga satu tahap ada yang pasang kipas angin kat kubur. Agaknya dia orang ingat dengan pasang kipas tu boleh nyaman ke dalam kubur. Bila nyawa dah meninggalkan jasad, amalan-amalan kitalah jadi pedamping dan penyelamat. Terfikir betapa pentingnya ilmu dan kita yang faham ni untuk menyebar-nyebarkannya.

Masing-masing ada pengalaman masing-masing sepanjang melalui tarbiyyah Ramadhan yang boleh difikirkan hikmahnya. Sudah pasti setiap apa yang kita lalui ada nilaiannya di sisi Allah dan signifikannya.

Semalam juga baru menerima panggilan dari Pejabat SUK Negeri Selangor, Program SPIES untuk Mahasiswa yang dah lama tertangguh akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini. Nampaknya dalam tempoh 3-4 minggu akan datang ni jadual kerja conform padat..erm..macam susahlah nak balik kampung nanti..
Lastly pesanan untuk diri sendiri...jangan merungut kalau banyak kerja..habis pahala amalan..hehehe..
Untuk semua..selamat menjalankan puasa sunat Syawal..sama-sama kita berdoa agar amalan-amalan kita 'maintain' sama macam Ramadhan dulu.

No comments: