Monday, October 26, 2009

Salah Faham Umat Islam Berkenaan Jodoh dan Pasangan

Artikel yang menrik untuk dibaca sumbernya disini

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.

Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.


(Sila Klik gambar untuk membesarkan Imej agar lebih jelas)

Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.
Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah : 5)

Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab : “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut KItab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.

Monday, October 5, 2009

Mari Berprogram


I
Karnival Tamadun dan Warisan Islam (6 September 2009)

Erm..dah lama tak menulis kat sini..
Semenjak sebelum puasa sampailah sekarang..
Alhamdulillah dapat menghayati Ramadan dengan semangat yang lain,
berbeza dengan ramadan-ramadan sebelum ini.

Dah lama tak berprogram memandangkan sebulan ramadan. Hanya satu program besar sepanjang ramadan yang sempat saya sama-sama terlibat bersama muslimat di Hulu Kelang ini iaitu Karnival Tamadun dan Warisan Islam anjuran Muslimat Hulu Kelang. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang program tersebut. Setelah sekian lama merancang dan bertungkus-lumus bekerja Alhamdulillah proram berjalan lancar dengan kehadiran yang amat menggalakkan. Kagum dengan kesungguhan muslimat-muslimat di sini melaksanakan gerakkaerja, walaupun kebanyakannya berumur tetapi semangat juang yang mereka miliki amat luar biasa? MasyaAllah.


II
Kem Penghayatan Ibadah AZAS (3 dan 4 Oktober 2009)

"Kak, saya nak bungkus makanan yang lebih ni makan dalam bilik boleh? Tanya salah seorang peserta Kem Penghayatan Ibadah Akademi Zakat Selangor (AZAS) kepada saya sewaktu di dewan makan.
"Bungkuslah" Jawab saya.
Seronok campur terharu berprogram bersama anak-anak ini. Kenakalan yang mencuit hati, kadangkala timbul rasa geram melihat kenakalan mereka. Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan yang pastinya masih belum terdedah dengan realiti kehidupan sebenar. Kem Penghayatan Ibadah yang dilaksanakan untuk mereka ini memberi peluang kepada saya untuk lebih mendekati mereka. Disebabkan kekurangan fasilitator, saya yang pada asalnya hanya sebagai urusetia turut terlibat untuk menjadi fasi untuk mereka.
Anak-anak ini di tasmid bacaan Al Fatihah mereka, di perbetulkan bacana-bacaan dalam solat mereka dan di beri peluang di dalam slot LDK untuk berbincang dengan lebih rapat dengan fasilitator yang membimbing mereka.

Program berakhir pada jam 5.00 petang. Satu kepuasan untuk saya dapat menyelami kehidupan dan berkongsi keceriaan bersama mereka. Pantai Remis menjadi saksi...hehehe



Bersama adik-adik muslimat

Kena jadi fasilah pulak untuk adik2 ni..

Adik2 muslimin bersama abang2 fasi


Monday, September 7, 2009

Kari atau Tomyam..

Hehehe...ini bukan cerita pasal nak berbuka apa hari ni..
Ada seseorang memberikan analoginya yang saya ini ibarat kari dan dirinya ibarat tomyam. Dalam hati berkata..em..baru semalam aku masak kari ikan nak berbuka..hehehe

Sahabat yang saya sebutkan ini menghadiahkan saya sehelai tudung yang sangat cantik. Wah..berbunga-bunga hati saya menerima pemberian tersebut. Walaupun disebutkan sebagai sahabat di sini, tetapi dirinya sudah berumur 56 tahun dan ibu saya sendiri muda setahun sahaja daripada dirinya. Seorang yang cukup berdisiplin, berfikiran jauh dan mempunyai banyak idea menarik. Dirinya tidak putus-putus menasihatkan saya supaya sambung belajar dan cepat berkahwin. Hahaha! Diceritakan juga pengalaman-pengalaman hidupnya.. dan sememangnya banyak pengalaman yang boleh saya kutip. Berkahwin di usia yang agak lewat diabaikan suami, berusaha sendiri mencari nafkah untuk membesarkan seorang anak yang sekarang berada di tingkatan satu.

Banyak dugaan hidup yang dilaluinya dan mungkin kerana itu menjadikannya seorang yang 'keras hati' dan kuat berpegang kepada prinsip meskipun kadangkalanya apa yang disuarakan tersebut kelihatan seperti janggal. Satu yang saya akui sememangnya dia kurang disenangi oleh sesetenagah orang. Mendengaran rintihan hatinya membuatkan saya kasihan dan sangat bersimpati dengannya. Mungkin kerana sikapnya yang begitu saya akui dia kurang di senangi.

Sehari selepas dia menghadiahkan saya sehelai tudung, keretanya hilang di Tesco Ampang. Berjuraian air matanya menceritakan kepada saya dugaan yang dihadapinya. Sabar dan pasrah itu sahajalah yang mampu saya nasihatkan kepadanya kerana Allah mengujinya di dalam bulan yang mulia ini. Kehilangan keretanya tidak diceritakan kepada sesiapa kecuali saya kerana bimbang orang sekeliling akan mengata dan mengejeknya.

Di dalam kesedihan tersebut dia menganggap saya seorang yang berfikiran terbuka kerana menerimanya sebagai seorang sahabat. Sebenarnya saya cuba memahaminya dan memahami mereke-mereka yang berada di sekeliling saya dan berlapang dada dengan sesiapa jua. Saya ibarat kari katanya kerana kari boleh di masak tanpa santan, jika tiada santan, susu cair atau yougart masih boleh digunakan bagi menggantikan santan. Itulah saya katanya boleh di bawa ketengah, ketepi, berkawan dengan semua orang tanpa ada masalah. Tidak seperti dirinya yang seperti tomyam. Ramuan khas, cukup rasa, cukup masam tidak ada alternatif lain seperti kari, seperti juga dirinya, serius dan akan mempertahankan pendapatnya hingga sanggup bertegang leher.

Maka nasihatnya kepada saya teruslah menjadi kari kerana untuk mendepani kehidupan mendatang, pelbagai rencam manusia, sikap dan cara bertindak manusia yang akan saya jumpa. Katanya lagi, yang dia sudah berumur, jiwa cukup sensitif, cukup jika orang menghormatinya sebagai orang lebih tua. Itu sahaja.

Terima kasih di atas ingatan, saya belajar sesuatu yang berharga darinya dan menjadikan saya sentiasa akan selalu berfikir dan memperbaiki diri untuk menjadi contoh kepada yang lain.

Saturday, September 5, 2009

Andai ini Ramadan terakhir

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"

Saturday, August 29, 2009

Cinta Ramadan

Hari ke 8 Ramadan, saya menyambutnya di kampung bersama keluarg tercinta. Mungkin inilah sekali kesempatan yang di berikan oleh Allah sepanjang Ramadan ini untuk saya pulang ke kampung sebelum menyambut Aidilfitri. Jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat Nisa' Gombak kerana tidak berkesempatan bersama-sama menjayakan Tadarus Al- Quran yang dirancang. Memandangkan ini sajalah kesempatan yang ada untuk meleraikan kerinduan keluarga di kampung. Hari pertama ramadan saya menyambutnya di Permatang Pasir bersama kawan-kawan atas tuntutan jihad. Pengalaman pertama bersahur dijalanan hanya diizinkan Allah mencicip sebungkus teh dan sebuku pau. Alhamduillah dengan rezeki yang diberikan. Kesayuaan hati menyambut ramadan sama seperti ramadan-ramadan sebelumnya, setinggi kesyukuran di panjatkan kerana masih diberi kesempatan menghirup wangian ramadan.Namun sedikit tercalar pada hari kedua ramadan. Maafkan aku Ya Allah, menguji kesabaran kami di bulan muliaMu ini. Hanya yang mengalaminya sahaja memahami.

Untuk sahabat saya 'H' didoakan diberikan kekuatan hati, mungkin sedang menanggung rindu kepada ibu tercinta mengerjakan untuk mengerjakan umrah selama sebulan ramadan. Didoakan ibumu tenang beribadah dan sihat selalu.

Kenangan ramadan semasa kecil sangat-sangat tidak dapat dilupakan walaupun kosong dengan pengertian dan penghayatan...yang pasti saya tidak mahu ramadan kali ini sia-sia.
Ramadan kareem!

Sunday, August 9, 2009

Di Atas Sajadah Cinta

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku


di atas sajadah cinta.mp3 - kiki




Betapa bahagia dan indahnya cinta manusia yang kita rasai..Tetapi mengapa tidak berasa begitu kepada Sang Pencipta Cinta. Ajarkanlah aku mengenal cintaMu ya Allah..
Sedar? Kenal? atau Tahu cintaMu?

Wednesday, July 22, 2009

Tak semestinya


Tak semestinya apa yang nak diluahkan akan sampai kepada maksudnya. Suka "menyimpan" tulah saya. Kadang-kadang memikirkan sikap sendiri, memang tak matang dalam menanggapi sesetengah situasi. "Bermula dengan harmonis dan baik, tenggelam seketika tanpa sebab dan kini kembali tetapi adakah sekadar untuk menguji...
Walaupun tidak emosi tetapi hilang konsentrasi. Saya tahu sesetengah perkara mungkin boleh diselesaikan dengan hanya satu panggilan telefon. Tetapi bila perkara melibatkan hati, sangat menyukarkan. Saya benar-benar ingin mengosongkan hati untuk Allah dan mengharap setiap jawapan dan keputusan dalam apa jua tindakan hanya keranaNYa. Semoga ada pengakhiran yang baik kerana saya tidak mampu membaca hati manusia.

Benar-benar di dalam 'kebengongan'

Tuesday, July 21, 2009

Menajamkan Mata Batin

6 perkara atau rintanga yang perlu di hindari untuk menajamkan mata batin iaitu

1. Menutup pintu nikmat dan bukalah pintu kesulitan
2. Menutup pintu kemuliaan dan buka pintu kehinaan.
3. Menutup pintu istirehat dan buka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur dan buka pintu keterjagaan.
5. Menutup pintu kekayaan dan buka pintu kemiskinan.
6. Menutup pintu angan-angan dan buka pintu kematian.