Saturday, June 27, 2009

Aku Tidak Pernah Sendiri


Aku tidak pernah sendiri
Di biar menghitung diri
Melalui liku tanpa dipeduli

Aku tidak pernah sendiri
Mencari, mengharap dan meneliti
Tentang kejadian dan kekurangan diri
Tafakur alam mengajarku
Muhasabah dalam mencari

Aku tidak pernah sendiri
Dan aku tidak ingin pergi
Pergi dan menghadapMu Ilahi
Dalam keadaan hati yang tidak suci
Kabur matlamat gelapnya hati
Lantaran kecamuk rasa mencari diri

Kembalikan daku ya Ilahi
Diri ku yang pernah aku kenali
Mampu menghisab dan meneliti
Memahami dan menjiwai
Mampu memberi dan menginsafi

Izinkan daku Rabbul Izati
Meneguk kasihMu yang tidak pernah henti
Mengalir, membekas bagi yang mengerti
Mencari diriMu untukku berdiri
Mengumpul kekuatan mampu memberi

Izinkan ku Ya Ilahi..


Pantai Remis
10.30 pagi

Friday, June 26, 2009

Biarlah Berlalu

Sahabatku, betapa engkau kini menangisi masa lalumu. Engkau melihat dengan masa lalu itu, seolah tidak ada masa depan.

Engkau kecewa dengan dirimu, mengapa tidak menggunakan waktu yang diberikan dengan sebaik mungkin. Engkau kecewa dengan dirimu karena kesempatan yang lalu tidak engkau ambil. Engkau pun berandai-andai, seandainya di masa lalu engkau begini dan begini, akibatnya tidak seperti ini. Engkau menangisi semua itu hingga berlarut-larut. Hingga tidak ada lagi yang tersisa dari dirimu kecuali masa lalumu.

Angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; dan satu kafilah juga berjalan ke depan. Oleh karena itu, janganlah engkau menyalahi hukum kehidupan.

Sahabatku, bangkitlah untuk mengisi sisa-sisa harimu. Dunia bukanlah untuk kita tangisi. Yang lalu biarlah berlalu. Masa lalu tidak akan pernah kembali lagi. Tinggal kini masa depan menanti, antara syurga dan neraka, antara nikmat dan azab, antara tawa dan airmata.

Thursday, June 25, 2009

Laskar Pelangi lagi......

I


Akhirnya vcd Laskar Pelangi sampai juga ke tangan saya setelah lama mengidam-idamkannya.Semasa berkesempatan ke Jakarta pada bulan Mac yang lepas, VCD tersebut masih belum ada lagi di pasaran. Terima kasih Jojar yang sudi membelikan untuk saya. Selepas puas menekuni ke empat-empat novelnya kini vcdnya pula saya tekuni. Puas mem'promote' kepada sahabat-sahabat tentang novel tersebut tapi tak ramai yang berminat nampaknya, mungkin sebab di dalam bahasa Indonesia. Tapi nampaknya filemnya ini ramai yang berminat.
Pengajaran terhebat dari filem tersebut adalah semangat setiakawan yang kuat disamping perjuangan untuk mendapatkan pendidikan. Bilamana pembangunan yang tidak seimbang, pendidikan yang sepatutnya menjadi keperluan asas bagi sesebuah masyarakat tidak dilihat sebagai kepentingan. Keikhlasan Bu Muslimah mendidik tanpa bermatlamatkan ganjaran semata-mata menghasilkan seseorang yang bersemangat dan cekal seperti Ikal dan Lintang. Generasi-generasi kini wajar dipertontonkan dengan filem-filem seperti ini untuk menunjukkan betapa bersusah payahnya kanak-kanak sebaya dengan mereka untuk bersekolah dan mengubah nasib keluarga.

II


Saya mula berminat mendengar kuliah-kuliah Ustaz Yusof Mansur setelah menonton filem Kun Fayakun.Kuliah-kuliahnya banyak saya dengar melalui youtube dan kini 2 buah buku tulisannya dapat saya miliki. Kuliah-kuliahnya banyak menyentuh tentang nikmatnya bersedeqah. Sedeqah di kupas kelebihannya dan dikaitkan berzikir,naik gaji,matemetika hutang dan sebagainya. Kupasan mengenai sedeqah itu dilihat dari sisi yang lain.Di dalam buku tulisannya "Mencari Tuhan Yanh Hilang" diceritakan kehidupan asalnya yang jauh dari tuhan dan banyak melakukan dosa. Hidayah Allah sampai kepadanya untuk berubah dan dari perubahan yang telah dilakukannya di kongsikan pengalaman-pengalamannya di dalam buku tersebut dalam usahanya mencari semula cinta Allah.

Monday, June 22, 2009

Direct Selling

Seseorang telah menghubungi saya pada petang Sabtu lalu. Penuh bersemangat tanya tentang program-program ADUN Hulu Kelang kepada saya. Meminta borang ibu tunggallah, borang ahli PAS lah..tanya pejabat di manalah.Last-last nak ajak saya jumpa pada hari Ahad pada waktu pagi. Saya pun bersetujulah nak jumpa sebab dia cakap nak bincang pasal ibu tunggal dan nak cadangkan program.

Kalau ikutkan saya memang tak nak jumpa siapa-siapa pun pagi Ahad sebab dah rancang nak siapkan kerja-kerja yang masih tertangguh. Tapi bila memikirkan tanggungjawab sosial saya saya turutkan juga. Last-last rupanya kena tipu hidup-hidup saya. Rupanya nak promote Zhulian pada saya. Sampai ke Kota Damansara di bawanya saya. Memang membara sungguhlah pada masa tu.Kakak tu pulak buat muka langsung tak bersalah pada saya. Sikit pun tidak ditanyanya pasal program atau ibu tunggal. Inilah risikonya bila nombor terpampang untuk program. Lain pulak jadinya.Mudah sangat kesian pada orang, saya pun masuklah jadi ahli setelah di desak. Saya memang ada cita-cita nak berniaga tapi direct ni memang takde masuk langsung dalam list saya. Pengalaman pernah menjadi pembantu peribadi di sebuah syarikat MLM Bumiputera Islam yang pernah masyhur satu tika dahulu membuatkan saya serik dengan orang-orang direct selling ni.

Apapun saya penggemar Kopi Radix keluaran syarikat HPA dan bertindak hanya sebagai pengguna sahaja produk sahaja tidak lebih dari itu..Mai secawan!

Saturday, June 20, 2009

Muhasabah

Dalam seminggu ni Allah dengan penuh sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya telah menguji saya.

Ujian yang pertama, saya kehilangan handphone. Saya pulang ke kampung hujung minggu yang lepas. Dalam perjalanan dari rumah ke stesyen bas, saya menerima sms dari Kak Nora yang Pak Abu Sangkan yang akan melatih Program Solat Khusyuk hujung minggu ni kemalangan di Jawa Barat. Program terpaksa ditangguhkan. Sementara saya diminta untuk menghubungi semua peserta yang telah mendaftar untuk memaklumkan hal tersebut. Sms tersebut saya baca di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke stesyen bas. Itulah terakhir kalinya handphone tersebut di tangan saya. Saya langsung lupa tentang handphone sehinggalah saya sampai ke rumah sewa saya di KL. Dalam fikiran saya handphone tersebut tercicir semasa saya turun dari kereta di stesyen bas Muar. Semua nombor-nombor telefon peserta pula berada di dalam handphone tersebut. Betapa risau dan mengelabahnya saya tika itu.

Keesokkan paginya, selepas mendapatkan semula nombor telefon tersebut di Celcom saya bergegas ke Carefour Wangsa Maju mencari handphone yang baru.Belum pun hilang rasa sedih kerana kehilangan handphone, semalam Allah menguji lagi saya dengan motor pulak yang pancit. Saya terpaksa menyorong motor hampir 20 minit untuk sampai ke bengkel motor yang berhampiran. Hingga ke saat ini lenguh tangan masih belum hilang.

Musibah-musibah ini meminta saya memuhasabah diri saya tentang amalan-amalan saya yang semakin kurang kebelakangan ini lantaran kesibukan kerja. Kerana kasihkan saya Allah menurunkan ujian. Berbeza rasanya ibadah semasa tidak menghadapi kesulitan berbanding hadirnya ujian-ujian tersebut. Sememangnya benar Allah menguji dengan penuh kasih sayang untuk hamba-hambanya. Mengingatnya bukan sahaja di waktu susah..tetapi juga di waktu senang..

Wednesday, June 17, 2009

Mimpi yang Keji!

"Hello! Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam..mana awak pergi? saya telefon berkali-kali awak tak angkat pun" suara F** di hujung talian.
"Tadi saya atas motorlah F**, manalah perasan telefon saya bunyi. Ha! ni apa hal ni..tiba-tiba macam ada hal urgent je nak cakap dengan saya" Saya menduga.
"Yati, awak tahu tak malam tadi saya mimpi R******* kawin dengan awak..sedih saya tau!"
" Hahaha..kejinya mimpi awak...habis tu apa awak buat?"
"Saya tengok awak dengan dia lepas tu saya menangis"
"Ha...tak relalah tu..." Saya mengusik.
"Iyelah..saya sedihlah..awak kawan baik saya, tiba-tiba nikah dengan suami saya pulak"
"Sungguh merapu mimpi awak tu..takde ke mimpi yang lebih mulia sikit?,"sambung saya.
"Awak ni ..main-main pulak" suara F** macam merajuk.
"Mimpi jelah..saya pun tak mau hehehe"

Kawan baik saya yang sorang ni...mimpi tu mainan tidur jelah sayang. Jagalah R******* tu baik-baik dengan anak awak..saya ni kan kawan baik awak dengan R*******. Poligami boleh, tapi saya nak jadi yang no 1...so dengan awak tak bolehlah...nanti saya jatuh no 2..heheheh